Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan 2020


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau PISMP 2020 telah dibuka semula bermula 24 Februari sehingga tarikh tutup 31 Mac.
Bagi adik-adik lepasan SPM yang ingin menjadi cikgu sekolah, inilah peluang anda!
Institut Pendidikan Guru atau singkatannya IPG merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diselia dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Jika sebelum ini, IPG lebih dikenali sebagai maktab perguruan. Namun, selepas beberapa penambahbaikan dilakukan serta dinaiktaraf, maktab perguruan telahpun bertukar status daripada maktab kepada institut.

Program pengajian utama yang ditawarkan di institusi ini adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Namun, sebelum pelajar mengikuti Program PISMP, pelajar perlu menyelesaikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlebih dahulu.

Pelajar yang berjaya menyelesaikan program PISMP dan PPISMP bakal menerima Ijazah Sarjana Muda ataupun lebih dikenali sebagai degree. Untuk makluman anda, program PISMP ini hanya ditawarkan bagi pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) sahaja.

Jadi, bagi anda yang merupakan lepasan SPM dan berminat untuk masuk ke mana mana cawangan IPG, di bawah kami kongsikan syarat-syarat Kelayakan Untuk Kemasukan Ke IPG yang perlu anda tahu dalam artikel ini. Anda perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan ini.




SYARAT & KELAYAKAN PISMP 2020

Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

      Syarat akademik adalah seperti berikut:

      • Mendapat gred cemerlang (A- / A / A+) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu & Sejarah
      • Mestilah lulus Bahasa Inggeris
      • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

          Setiap bidang pengkhususan mempunyai syarat kelayakan tersendiri. Sila rujuk Syarat Bidang Pengkhususan untuk maklumat yang lebih terperinci.

          Bagi calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, anda wajib menduduki dan lulus ujian amali.

          Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

          Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

          • Sekolah Kebangsaan (SK)
          • Bahasa Melayu
          • Bahasa Inggeris
          • Bahasa Cina
          • Bahasa Tamil
          • Bahasa Iban
          • Bahasa Kadazandusun
          • Pendidikan Islam
          • Matematik
          • Sains
          • Pendidikan Khas
          • Bahasa Arab
          • Pendidikan Muzik
          • Sejarah
          • Pendidikan Jasmani
          • Rekabentuk dan Teknologi
          • Pendidikan Awal Kanak-kanak
          • Bimbingan dan Kaunseling

                                          Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca KLIK SINI.


                                          ELAUN SARA HIDUP  YANG DITAWARKAN

                                          Pada 23 Julai tahun lepas, kenyataan media Elaun Sara Hidup Pelajar Institut Pendidikan Guru telah pun disiarkan di portal rasmi KPM.

                                          Menurut sumber, tiada elaun pelajar IPG bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) bagi ambilan Jun 2018.

                                          Namun, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

                                          Kemaskini 25 Februari 2020:

                                          Pelajar PISMP akan terima elaun RM430 sebulan seperti biasa.

                                          Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan, hari ini, berkata mereka juga akan menerima belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali setahun seperti biasa.


                                          PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN LEPASAN SPM

                                          Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2019, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruaan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

                                          Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

                                          Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

                                          Berikut senarai pemohon yang tidak layak memohon ke program PISMP 2020:

                                          1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
                                          2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
                                          3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
                                          4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


                                          BORANG PERMOHONAN IPG ONLINE (KLIK DIBAWAH)

                                          Berikut cara-cara memohon kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru (IPG) secara online.
                                          • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.pismp.moe.gov.my
                                          • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
                                          • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
                                          • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
                                          • Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.
                                          • Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
                                          • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

                                          Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2020 di sini https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

                                          Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda dinasihatkan untuk menghubungi bahagian pengambilan IPG KKM di alamat berikut:

                                          INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
                                          KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                                          ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
                                          63000 CYBERJAYA, SELANGOR
                                          (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
                                          No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760


                                          Kredit :  semakanonline,mingguankerja


                                          0 Response to "Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan 2020"

                                          Post a Comment

                                          Iklan Atas Artikel

                                          Iklan Tengah Artikel 1

                                          Iklan Tengah Artikel 2

                                          Iklan Bawah Artikel