Covid -19 : Bayaran PTPTN Ditangguhkan Selama 6 Bulan Berkuatkuasa Hari Ini


Melalui Sidang Media Khas sebentar tadi Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa serta merta selama enam bulan.

PM kita dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN membabitkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta pada penangguhan sebelumnya.


Kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa dari tiga bulan kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta


Penangguhan bayaran PTPTN itu akan berkuat kuasa serta-merta selama enam bulan sehingga 30 September 2020.

Penangguhan bayaran balik pinjaman akan memberi manfaat dan membantu hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 - 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi 
www.ptptn.gov.my





Untuk info berkaitan dengan penangguhan bayaran PTPTN boleh terus kesini

0 Response to "Covid -19 : Bayaran PTPTN Ditangguhkan Selama 6 Bulan Berkuatkuasa Hari Ini"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel