Permohonan Insentif Ibu Bersalin (IIB) Rm450 Bantuan Kerajaan Negeri Sarawak - JOBMALAYSIANKINI.COM

Terkini !

Daftarkan Email Untuk Dapatkan Info Jawatan Kosong !

Friday, January 17, 2020

Permohonan Insentif Ibu Bersalin (IIB) Rm450 Bantuan Kerajaan Negeri Sarawak


INSENTIF IBU BERSALIN RM450 TAHUN 2020




BANTUAN RM450 KERAJAAN SARAWAK UNTUK GOLONGAN IBU BERSALIN, BERMULA TAHUN 2020

Belanjawan Sarawak 2020 terus beri perhatian kepada golongan ibu bersalin dengan menyalurkan peruntukan tunai berjumlah RM450 seorang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg menerusi Belanjawan Negeri 2020 mengumumkan insentif dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM18 Juta itu akan disediakan kepada golongan ibu yang bersalin di negeri mulai tahun depan.

Jelasnya, insentif ini secara langsung dapat mengurangkan beban kewangan para ibu semasa melahirkan anak, yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020.

Dalam pada itu, tambah Abang Johari, insentif berjumlah RM 1000 untuk bayi Sarawak yang baru lahir melalui (Dana Endowment Sarawak) masih diteruskan sepertimana yang diumumkan menerusi Belanjawan Negeri 2019 yang lepas.


Bantuan tersebut menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah bagi penjagaan berpantang selepas bersalin.

“Ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2019, saya mengumumkan insentif RM1,000 bagi bayi kelahiran baharu dikenali sebagai Endowment Fund (EF) berkuat kuasa 1 Januari 2019.

“Hari ini, saya umumkan bahawa sejumlah RM18 juta akan disediakan tahun depan sebagai tambahan bantuan kepada ibu bagi jagaan lepas bersalin untuk meringankan beban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan 2020 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

BORANG PERMOHONAN (KLIK DIBAWAH)




Permohonan Insentif Ibu Bersalin di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.
  1. Permohonan Jawatan Kosong di OM Material Sarawak Sdn Bhd hendaklah di buat di atas talian melalui alamat tertera.
  2. Borang permohonan IIB boleh dimabik daripada Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS), Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di seluruh negeri Sarawak





Urus Setia Insentif Ibu Bersalin (IIB)
Tel: 082-311340 / 082-311718
Faks: 082-440316

E-mel: insentif.ibubersalin@gmail.com