Cara Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Dari TnG e-Wallet, Boost Dan GrabPay - JOBMALAYSIANKINI.COM

Terkini !

Daftarkan Email Untuk Dapatkan Info Jawatan Kosong !

Wednesday, January 15, 2020

Cara Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Dari TnG e-Wallet, Boost Dan GrabPay


Anda layak untuk mendapatkan e-Tunai Rakyat? Ini cara untuk menebusnya
Melalui Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan sejumlah RM450 juta sebagai insentif e-Tunai Rakyat bertujuan untuk meransang penggunaan eDompet dalam kalangan rakyat Malaysia.
Lanjutan daripada itu, sebanyak tiga perkhidmatan telah dipilih sebagai platform pemberian insentif tersebut iaitu TnG eWallet, Boost serta GrabPay.
Untuk layak terima insentif RM30 ini, pengguna haruslah menepati syarat seperti warnganegara Malaysia, berumur 18 tahun keatas pada tahun 2020 dan berpendapatan bawah daripada 100,000 setahun.
Bagi makluman juga, setiap pengguna hanya boleh menebus sekali sahaja menggunakan salah satu aplikasi yang disebutkan diatas. Anda boleh mula menebus bermula pada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020 depan. RM30 tersebut kemudiannya akan dikreditkan pada eDompet pilihan dan perlu dibelanjakan dalam tempoh 2 bulan ia berlangsung. Segala baki insentif yang tidak digunakan selepas 14 Mac 2020 akan luput dan tidak boleh digunakan lagi.
Bagaimana untuk menebus? ini cara-cara untuk menebus e-Tunai Rakyat.

TnG eWallet

e-tunai rakyat

e-tunai rakyat
  •  Muat turun aplikasi TnG eWallet untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
  •  Kemudian pergi ke bahagian profile > Account Verification dan seterusnya tekan butang Verify Account.
  • Anda perlu ikuti langkah-langkah pengesahan akaun seperti mengambil gambar kad pengenalan, selfie dan mengisi beberapa maklumat.
  • Pengesahan ini dibuat untuk mengenal pasti, sama ada pengguna layak menerima atau sudah membuat penebusan di eDompet lain atau belum.

GrabPay

etunai rakyate-tunai rakyat
  • Muat turun aplikasi Grab untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
  • Setelah itu pergi ke bahagian Payment dan aktifkan Grabpay.
  • Anda akan diminta untuk membuat mengambil gambar kad pengenalan dan beberapa maklumat berkaitan.
  • Tekan butang Claim It Now pada GrabPay Wallet pada 15 Januari, kemudian ikuti 3 langkah; Sahkan kelayakan, sahkan identiti dan kemudian selfie.
  • Menurut laman soal jawab Grab, insentif RM30 itu mungkin mengambil masa sehingga 5 hari (dari tarikh penebusan) untuk dimasukkan dalam GrabPay Wallet.
Boost

e-tunai rakyat
  • Muat turun aplikasi Boost untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
  • Naik taraf kepada Premium Wallet dan sahkan.
  • Klik iniasitif e-Tunai Rakyat pada paparan utama aplikasi Boost bermula 15 Januari 2020.
Melalui insentif RM30 yang diberikan ini anda boleh membelanjakannya melalui eDompet bagi pembayaran makanan, pengangkutan, penghantaran dan sebagainya. Ia tidak boleh dipindahkan ke akaun pengguna lain atau ditukar kepada tunai.

Jadi bagi anda yang layak, jangan lepaskan peluang untuk menikmati e-Tunai Rakyat ini dan mula tebus pada aplikasi pilihan pada esok hari, 15 Januari 2020.