Cara Daftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 (MySalam) 2020 - JOBMALAYSIANKINI.COM

Terkini !

Daftarkan Email Untuk Dapatkan Info Jawatan Kosong !

Sunday, January 12, 2020

Cara Daftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 (MySalam) 2020



Di pembentangan Bajet belanjawan lepas, kerajaan Persekutuan telah memberikan pengunguman insentif untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah B40 terutamanya dalam aspek kesihatan.

Skim bantuan yang dikemukakan adalah Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam bermula pada tahun ini. Skim ini ditubuhkan khas kepada rakyat Malaysia untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terutama kepada golongan B40.

Baca juga: eGumis Semakan Wang tidak Dituntut

Di dalam bantuan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, Semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 akan mendapat perlindungan insurans disertakan takaful secara percuma. Bukan itu saja, golongan yang layak akan turut menerima rawatan untuk beberapa jenis penyakit yang kritikal.

Ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam serta cara-cara untuk mendaftarnya? Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan Cara Mendaftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020.

DANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN UNTUK SKIM MYSALAM

Untuk melaksanakan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, kerajaan telah mengeluarkan bajet berjumlah sebanyak 2 bilion Ringgit.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan ketika membentangkan insentif tersebut. Bajet peruntukan yang banyak Skim MySalam ini amat diharapkan dapat meringankan beban golongan B40 yang menghidap penyakit kritikal untuk pembayaran kos.

Melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, golongan sasar bukan sahaja mendapat insurans dan menerima rawatan untuk penyakit kronik secara percuma.

Malah, banyak lagi manfaat atau faedah lain yang bakal diterima oleh golongan sasar. Berikut kami kongsikan kesemua manfaat yang bakal diterima oleh golongan sasar melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam.


  • Mendapat rawatan untuk 36 jenis penyakit kritikal
  • Golongan sasar akan menerima bayaran sehingga RM8000. Bayaran tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang bakal diumumkan.
  • Menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari dan bersamaan RM700 sebulan.




    TARIKH PENDAFTRAN DIBUKA


    Untuk anda yang layak bolehlah mula mendaftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini apabila pendaftarannya dibuka kelak. Berikut adalah merupakan tarikh pendaftaran untuk skim bantuan ini dibuka

    • Tarikh Pendaftaran Skim MySalam Dibuka: Mulai 1 Mac 2020



    CARA MENDAFTAR SKIM MYSALAM (KLIK DIBAWAH)


    Untuk makluman anda, pendaftaran bagi Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020 boleh dibuat secara online.


    Bagi tujuan pendaftaran juga, anda tidak memerlukan sebarang pengesahan pemeriksaan kesihatan.

    Untuk pendaftaran anda boleh terus ke Portal MySalam melalui pautan yang disediakan diakhir artikel ini.


    TUNTUTAN MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40
    Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.
    • Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
    • Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
    • Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
    • Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
    • Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
    • Klik “Submit” untuk hantar tuntutan

      Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2020.


      SENARAI PENYAKIT YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN

      Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.

      1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
      2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
      3. Meningitis Bakteria
      4. Tumor Otak Benigna
      5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
      6. Pembedahan Otak
      7. Kanser
      8. Kardiomiopati Teruk
      9. Anemia Aplasia Kronik
      10. Koma
      11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
      12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
      13. Ensefalitis/encephalitis
      14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
      15. Penyakit Paru-Paru
      16. AIDS Peringkat Teruk
      17. Hepatitis Virus Fulminan
      18. Serangan Jantung
      19. Pembedahan Injap Jantung
      20. HIV Akibat Transfusi Darah
      21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
      22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
      23. Hilang Pertuturan
      24. Trauma Kepala Utama
      25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
      26. Penyakit Neuron Motor
      27. Sklerosis Berbilang
      28. Distrofi Otot
      29. Kelumpuhan / Paraplegia
      30. Penyakit Parkinson
      31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
      32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
      33. Strok
      34. Pembedahan Aorta
      35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
      36. Pelecuran Tahap Ketiga
      Untuk senarai hospital di bawah skim ini, sila rujuk :https://www.mysalam.com.my/b40/info/

      Untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com

      Jadi, sekiranya anda layak untuk menerima insentif MySalam ini, anda bolehlah membuat pendaftaran secara online bermula 1 Mac 2019. Semoga Skim MySalam yang diperkenalkan ini dapat membantu mengurangkan beban golongan sasar yang memerlukan.