SEMAKAN STATUS I - SURI KWSP BANTUAN SURI RUMAH RM480 SETAHUN

insentif isuri kwsp suri rumah
Bantuan iSuri KWSP kini diteruskan di bawah Belanjawan 2020 bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf pengorbanan mereka kepada ahli keluarga.
Antara faedah di bawah insentif ini ialah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya.
Bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM2,500.
Selain itu, penerima iSuri akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.

SYARAT KELAYAKN I - SURI KWSP (RUJUK DIBAWAH)

Hanya diri sendiri iaitu isteri dan suami kepada pasangan yang layak sahaja dapat mencarum di bawah insentif iSuri.
Antara syarat lain termasuk:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Bagi suri rumah yang telah mendaftar Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Had pembayaran maksima ialah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013).

BORANG PENDAFTARAN (RUJUK DIBAWAH)







Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:
  1. Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Baru-baru ini kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan mengumumkan caruman KWSP untuk isteri-isteri yang dikenali sebagai i-Suri KWSP.
Berikut maklumat terperinci tentang semakan status pendaftaran caruman KWSP Suri Rumah melalui sistem eKasih.
Caruman suri rumah ini akan bermula minggu depan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu.
Untuk makluman, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum isteri layak memohon tuntutan ini.
Pertama, pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai atau bujang).
Selain itu, berikut syarat kelayakan lain yang perlu dipenuhi untuk layak mendapat manfaat KWSP Suri Rumah ini:
  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun


PENDAFTARAN I - SURI KWSP (RUJUK DIBAWAH)

Pendaftaran boleh dibuat bermula 15 Ogos ini di mana-mana kaunter KWSP berhampiran anda.
Pendaftaran yang berjaya akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM200 untuk tahun 2018 manakala RM480 setahun untuk tahun berikutnya.
Antara manfaat lain yang bakal dinikmati pencarum termasuklah:
  • Dividen tahunan
  • Bantuan hilang upaya
  • Bantuan kematian
  • Pengeluaran simpanan
  • Pelepasan cukai
Kaedah Pembayaran Caruman KWSP i-Suri
Pembayaran carumah i-Suri boleh dibuat melalui tunai / cek di kaunter peresitan KWSP.

2 Responses to "SEMAKAN STATUS I - SURI KWSP BANTUAN SURI RUMAH RM480 SETAHUN"

  1. Orang bujang yg tidak bekerja kerana jaga org tua yg sakit mcm mna?adakah sya layak tuk mendapat semua tawaran yg isuri tawarkan?

    ReplyDelete
  2. Saya sdh khawin n suami ditinggalkan.. Saya menerima bantuan Sara hidup.. Boleh ke saya mendapat kelayakan wang kwsp ni.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel